Bagi menjaga keselamatan pengguna dan memastikan hanya akaun yang sah menyertai group pembelajaran, kami mengesyorkan semua peserta menyemak tetapan (settings) akaun Telegram masing-masing.
Untuk melindungi privasi dan memastikan akses yang lancar, sila semak tetapan berikut:
Tetapan Privasi
Pergi ke Settings → Privacy and Security
Disarankan:
Nombor Telefon → Tiada sesiapa / Kenalan saya
Status Online → Kenalan saya
Gambar Profil → Kenalan saya
Panggilan → Kenalan saya
Group & Channel → Semua orang
Tetapan ini melindungi privasi tanpa menjejaskan akses.
Elakkan VPN & Wi-Fi Awam
Penggunaan VPN atau Wi-Fi awam boleh menyebabkan:
Gagal masuk group
Akaun disekat sementara
Gunakan data sendiri atau Wi-Fi yang dipercayai.
Tetapan Notifikasi (Supaya Tak Mengganggu)
Pergi ke Settings → Notifications and Sounds
Disarankan:
Tutup notifikasi “New Contacts/Kenalan Baru”
Senyapkan chat atau channel yang tidak berkaitan
Kekalkan notifikasi untuk group pembelajaran sahaja
Group Telegram kami ialah ruang pembelajaran yang selamat dan terkawal.
Tetapan yang betul membantu anda sertai dengan lebih tenang dan fokus.