1. Apa itu Bayaran Ansuran Kad Kredit?
Bayaran ansuran ialah kemudahan yang ditawarkan oleh pihak bank pengeluar kad kredit, di mana jumlah yuran kursus dibahagikan kepada bayaran bulanan (contoh: 3, 6 atau 12 bulan).
Penting:
Bayaran ansuran menggunakan kad kredit hanya diterima melalui bank-bank terpilih yang telah ditetapkan oleh pihak gerbang pembayaran (payment gateway — senangPay). Sistem profmuhaya.com tidak mengurus ansuran secara dalaman. Semua urusan ansuran adalah tertakluk kepada kelulusan pihak bank anda.
2. Cara Membuat Bayaran (Langkah Umum)
Pilih program yang ingin disertai di profmuhaya.com

Tekan Pay untuk membuat pembayaran

Pastikan anda telah tandakan kotak kecil Terma Perkhidmatan (Terms of Service)
Teruskan dengan memilih Continue Payment

Isikan maklumat anda di Your Contact Information
Pilih Installment Plan pada Choose Payment Method
Ikuti step seterusnya untuk buat pembayaran
3. Bank Yang Menyokong Ansuran
Antara bank utama di Malaysia yang menyediakan Pelan Ansuran/Installment Plan, antaranya:
AmBank
Alliance Bank
OCBC Bank
RHB Bank
HSBC Bank
Affin Bank
UOB
Sila rujuk terus pihak bank anda untuk:
Tempoh ansuran
Caj pentadbiran
Kadar faedah (jika ada)
4. Perkara Penting Untuk Diberi Perhatian
Bayaran ansuran adalah auto dari pihak bank
Kelulusan adalah berdasarkan:
Had kredit
Rekod bayaran
Polisi bank semasa
Sekiranya permohonan ansuran tidak diluluskan, bayaran akan kekal sebagai bayaran penuh